Selasa, 14 Oktober 2014

SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

DEFINISI RANGKAIAN 

 Apa Itu Rangkaian Komputer? 

 Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi. Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rangkaian, antaranya rangkaian kawasan setempat (LAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN). Rangkaian yang paling besar di dunia ialah Internet.

Rangkaian bermula dengan binaan yang kecil, dengan penyambungan lebih kurang sepuluh komputer dan satu pencetak. Teknologi yang wujud di masa itu menghadkan bilangan komputer yang disambung dan panjang kabel komunikasi yang boleh dibenarkan dalam rangkaian. Di awal tahun sembilan puluhan kabel komunikasi boleh ditarik sejauh kira-kira 600 kaki dengan penyambungan sebanyak lebih kurang 30 komputer sahaja. Rangkaian seperti ini sesuai untuk organisasi yang kecil dan dikenali sebagai rangkaian kawasan setempat (LAN). LAN biasanya menghubungkan peranti dalam satu pejabat atau satu bangunan. Satu LAN boleh dibina hanya dengan dua komputer dan satu pencetak sahaja atau boleh diperluaskan dalam satu bangunan dengan memasukkan perisian audio dan video. Saiz LAN adalah terhad kepada jarak beberapa kilometer sahaja. LAN mempunyai kadar data daripada 4 Mbps sehingga 100 Mbps. Perhubungan pengguna rangkaian dari berlainan negara telah mewujudkan perkembangan LAN kepada rangkaian kawasan luas (WAN). WAN boleh menghantar data, audio dan video pada jarak yang jauh sehingga merangkumi sebuah negara atau benua atau seluruh dunia. Berikut adalah beberapa kelebihan rangkaian komputer: Perkongsian Maklumat Perkongsian Sumber Perkakasan Perkongsian Sumber Perisian Utusan Elekronik (E-Mail) Keselamatan Data Sokongan 







PERBEZAAN ANTARA LAN, MAN DAN WAN

 Wide Area Network (WAN) ialah rangkaian komputer yang merangkumi kawasan yang luas (contohnya, rangkaian hubungan komunikasi yang melintasi sempadan bandar, daerah dan negara). WAN berbeza dengan rangkaian dalaman peribadi (Personal Area Network), rangkaian dalaman setempat (LAN), rangkaian dalaman kampus, atau rangkaian kawasan metropolitan (MAN) yang biasanya terbatas pada bangunan, ruangan, kampus atau kawasan metropolitan tertentu.

Metropolitan Area Network(MAN) ialah jaringan komputer yang biasanya merangkumi sebuah bandar atau kampus besar. Sebuah MAN biasanya menghubungkan sejumlah rangkaian kawasan tempatan (LAN) menggunakan teknologi backbone berkapasiti tinggi seperti rangkaian fiber optik, dan menyediakan perkhidmatan rangkaian (link) ke rangkaian luas (atau WAN) dan Internet.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan